Sarapan di Kopi Nongkrong Simpang Renggan

    اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


Cerita Hari tu


Akibat pengaruh TT. hujung  minggu ajak hero2 gi sarapan jauh sikit. Tgk kat TT nampak menarik sarapan kat Kopi Nongkrong, Simpang Renggam. 

TAPI INDAH khabar dari rupa.

sekumpulan rider yg baru lepas sarapan 

muka happy + excited nak sarapan. masa ni baru sampai. customer dah x ramai sbb dia buka kul 7 am

antara menu yg menarik


asam pedas pun ada

kita org sampai dlm kul 10.15 pagi. tunggu dia amik order dah 15 minit. padahal masa tu customer x ramai. cuma ada group rider yg baru abis sarapan. dah amik order tunggu 35 minit utk order pertama sampai. air pun lambat. 

 kita org order nasi lemak ayam 2, lontong kuah 2, roti arab kari kambing 1, roti bakar 1 set ngan roti telur goyang.

35 minit pertama dpt nasi lemak, 10 minit seterusnya dtg bgtau lontong kuah dah abis, ok tukar soto ngan nasi lemak. 10 minit kmudian nasi lemak sampai ngan roti telur goyang. 5 minit kemudian soto sampai dengan keadaan suam2. bukannya panas. tunggu lagi 10 minit x der order lain yg di antar. kemudian tanya dik mana order roti bakar ngan roti arab kari kambing sbb dari tadi tgk gerai roti bakar duduk relax x der buat apa2. 5 minit kemudian roti bakar ngan roti arab  tanpa kari kambing. tunggu lagi hampir 15 minit tanya mana kari kambing roti dah dapat. tunggu 10 minit kemudian adik tu dtg bgtau kambing dah abis tinggal kuah jer.

MASYA AALAH... dah lebih sejam tunggu baru bgtau dah abis.

Maaf ckp setakat ni rasanya ini kali pertama n kali terakhir kot dtg Kopi Nongkrong buat masa ni.

Sedih, bukan nak kondemkan bus mereka tapi mereka perlu perbaiki service mereka. masa bayar bil pun ibu ckp terus terang mengenai perkhidmatan mereka.


   ibu bagi berapa bintang ek...

                   ★
                  1/10




Musim Durian

   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


10/7/2025


Ptg tadi anak2 bujang ajak gi pasar malam. Dah lama x pergi katanya. jom ler, ibu follow je.

Seperti biasa kalau gi pasar malam mesti rambang mata. masa kat pasar malam nampak ada org jual durian longgok. sebakul RM15, amik 3 bakul RM30. 1 bakul ada dlm 3 biji. Durian kg jer n durian yg dah terlebih masak. tapi oklah masih  blh makan.

kerana peminat durian ikut, maka belilah 3 bakul RM30 abg Ojan belanja. Abg ayyad dah belanja mamam yg lain. Alhmdulillah. Semoga Allah menggantikan setiap rezeki anak2 ibu n abah berlipat kali ganda kerana x berkira nak belanja famili mamam. 

Sampai umah jer terus cuba 2 biji durian. Alhamdulillah. sedap n manis wpun ada bbrp ulas yg tawar. tp yg lain alhamdulillah ok.


Alhamdulillah. Ada rezeki dapat makan durian.


malamnyer selepas dinner belah lagi 3 biji. Alhamdulillah. Rasa ok n blh makan. xlah dah berair n masam.

baki lagi 4 biji dah pesan2 hero2 utk makan ari ni sbb takut dah x leh makan


   ibu bagi berapa bintang ek...

          ★★★★★★★★
                    5/10



Terjebak ngan ZUS Buddy

                                                   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


7/72025


seawal jam 8.30 pg ibu dah mengode apps ZUS dek kerana permintaan c bongsu ibu. Asyikklah ckp nak ZUS Buddy. mulanya ibu pun x tau n x faham.. lps dah gode2 info baru tau. Rupanya Emotions doll dari ZUS. dpt free tp kena beli air RM25 ke atas. Sib baik ibu n abah penggemar kopi. blhlah sesekali layan permintaan c bongsu ni.

seawal kul 8.30 pg ibu dah order kopi ZUS melalui apps n amik yg pickup. yg sulunglah jadi mangsa kena gi amik sbb kebetulan Isnin tu abg Ojan off x kerja. jadi ibu order mll apps abg Ojan gi pick up kat ZUS Jln Kiambang, Indahpura Kulai. n ibu pun baru tau yg ZUS caw Jln Kiambang tu buka kul 7 pg. Ingatkan pukul 10. Patut order kul 8.30 dah blh pick up... he..he...

Alhamdulillah ada rezeki c bongsu. mcm mana nak tau kita dpt rdeem ke tak doll tu masa check out diakan bgtau kat detail. kalau x dpt mean patung dah abis stok.

Zus buddy ni kuar week by week. utk Minggu ni 7 - 13 Julai Emosi Sedih@sad. Tp patutng apa yg dpt adalah random. rezeki c bongsu dpt patung Biji Kopi. Ha..ha... comel.... Ibu layann kan aje



Kat situ dia bgtau siap2 yg kita dpt atau x dpt redeem ZUS buddy


Ni Zus Buddy c bongsu ibu dpt. comelkan... dah siap gantung kat beg sek dah

nilah promosi ZUS Buddy tu.


ibu piat telinga kalau x dengar cakap

nilah patung-patung yg random customer akan dpt. c bongsu aim yg pink tp dpt biji kopi. ha..ha...



                                                        ibu bagi berapa bintang ek...

                                             ★★★★★★★★
                                                       8/10

 اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


3/7/2025

Lunch Hour abah ajak ibu lunch sama2. rezeki jgn di tolak sbb ibu ngan abah jarang gi dating masa waktu keje. dari off abah ke off ibu amik masa 20 mnt gak nak sampai. itu kalau jln clear x jem.

semalam bila abah wassup ajak ibu lunch...yahooo... melompat lah ibu. abah tanya lunch mana ibu cdg gi Bumbu Babah yg baru buka kat Setia Tropika. Laparrr nak makan nasi..he..he...

Hah..itulah kedainyer. Bumbu Babah yg kat Setia Tropika. Baru buka sebulan dua rasanya. Rasanya ramai yg dah tahu owner dia sapa kan?


                   
sorry owner Bumbu Babah. Ibu amik gambar menu x perasan kepala owner kat gambar terpotong...he..he...

                    
ini menu yg ada. Ingatkan blh alar carte rupanya nasi dia dah set RM5 ada nasi putih, sayur kubis, pucuk ubi rebus, telur rebus 1/2 biji ngan 2 jenis sambal. lauk lain blh tambah atau pilih ikut suka. Pada ibu harga oklah. nak jimat sila daftar jadi ahli dan ibu dah daftar supaya dpt diakuan 10%. 


ini lauk ibu dan abah. masing2 amik ayam goreng. Ibu + tempe goreng, abah + udang. tambah mineral water sebotol. total RM38.20. 😅😅😅. Air x der pilihan sangat. apa yg ada dlm peti ais saje dan semua air dlm tin. x sempat nak amik gambar air.

lauk udang SEDAP. udang besar2 ada 4 ekor. siap ada petai tp sayangnyer petai x makan sbb ibu n abah x makan petai

kuah yg dia bagi sekali. Tp Allahuakhbar PEDASSSS bg ibu n abah.

ini pinggan ibu, semua campur. x tau pun kuah tu pedas. sudahnya makan sambil kesat peluh dan air yg meleleh dari idung. Ibu n abah bknlah pemakan pedas. jadi bila kena lauk yg amat pedas...potong selera. sambal ibu x usik pun sbb makan ngan kuah jer dah pedas



ini ayam goreng abah. sama mcm ibu. rasa ok tp ayam y ibu dpt x berapa fresh di tekak ibu. isi x juicy agak kering.

ibu suka sangat pucuk ubi rebus tu... sedapppp. siap tukar kobis nga pucuk ubi...

ni nasi abah, x nampak lauk sebab lauk semua asing


secara keseluruhan pada ibu abah ok. makanan sedap n ada rasa cuma pedas. lain kali kena minta kuah asing. x per 1st try so insya Allah lepas ni dah tau cara nak order.

ibu bagi berapa bintang ek...

                          ★★★★★★★★
                                    8/10

Salam Aidiladha 1446H

  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


7/6/2025

Selamat Hari Raya Haji 2025 ibu ucapkan kpd semua sahabat online ibu. Semoga segala amal dan ibadah korban kita diterima Allah SWT.

Hari ini dlm sejarah bila ibu x amik cuti ptg raya.. Biasanya utk ptg raya ibu mesti cuti utk raya haji atau raya puasa x pernah x cuti. Tp tahun ni ibu x cuti sbb  nak simpan cuti. Insya Allah kalau ada rezeki nnt nak balik sabah.

Biasanya ptg raya ibu cuti sbb nak masak n dinner sllnya dah blh dinner ngan lauk raya. tp tahun ni dinner  biasa2 je. lagipun abah kata masak simple2 je sbb raya haji biasanya gi umah  mak n mcik jer. famili lain x dtg umah beraya.

tp kan raya, mana blh masak simple2... he..he... kan kita meraikan hari Kebesaran Islam, jadinya ibu tetap masak menu raya lengkap n siap pasang lampu raya. ha...ha...



nasi impit segera. Beli nasi impit segera lepas tu rebus je sbb ibu x pandai anyam ketupat.





lemang daun pisang. fav abg Puqan. Ini menu wajib ada. Kat umah sabah pun mesti ada setiap kali raya. ibu dah buat banyak kali (setiap kali raya) tp tetap x sama  mcm mak sabah masak. huhu... padahal mak sabah dah bagi resepi n tips tetap x sama. Air tangan x sama


Ayam masak merah, salah satu resepi ayam utk raya. ada gak tukar bbrp kali menu lain tp ayam merah tetap menjadi request anak2



Rendang hati. Ini kira mknn signature raya umah ibulah sbb adik beradik lain x buat. kat umah ibu jer ada..he..he... Ibu x brp gemar tp abah, Ojan, Atok, Ucu ngan yg lain minat. Majoriri gak dlm famili minat Rendang Hati lembu ni. Kalau dtg beraya umah Oteh, mesti cari rendang hati ibu masak


Rendang daging,. Ini Menu wajib utk abg Puqan wpun fav yg lain juga. tp yg lain kalau x der rendang dg x mencari, abg Puqan kalau x der rendang dg menu raya x lengkap...ha..ha...ha... Ibu suka rendang yg basah2. tp yg kering belasah gak. Ini resepi dari arwah ayah



kuah kacang. Ini menu wajib ada utk abg Ojan. Minat tul ngan kuah kacang. kalau blh nk makan apa pun nak ngan kuah kacang. ha..ha... Ini resepi dari mak Kulai. memang wajib ada setiap kali raya. kalau  balik sabah pun akan masak kuah kacang resepi  mak Kulai sbb salah satu fav famili sabah




Kuah Lodeh putih. Menu wajib utk abg Ayyad. Ibu kalau raya mesti masak lodeh putih, x masak lodeh kuning. memang itu yg di pelajari dari Mak Kulai semenjak kawin dan itu gak yg jadi fav anak2. 


rupanya banyak gak yg ibu masak ek utk raya. Ha..ha... tp masak x banyak. masak sikit2 jer. cukup utk makan berulang sampai ke mlm n bawa sikit utk umah mak.

Raya Haji kali ni memang x der amik gambar-gambar raya.  ha..ha... panaskan... x der mood nak bergambar... muka asyik berminyak n berpeluh jer...



Selamat Hari Raya semua