Roti Puri

   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

17/5/2026


Alhamdulillah, Dinner mlm ni ibu masak roti puri je. plan asal nak masak roti jala tp acuan x der sbb dah buang hari tu lupa nak beli semula.he..he... sudahnya terjadilah roti puri.

alhamdulillah gabungan resepi mak sabah + chef Timah from IKWAS maka terhasillah roti puri mengikut citarasa ibu, abah n anak2. Roti Puri ibu x guna YIS. hanya guna 5 bahan, tepung, gula, garam, minyak ngan air. alhamdulillah jadi.

masakkan juga kari ayam utk di regukan ngan roti puri ngan sambal tumis. Alhamdulillah kenyang.

alhamdulillah. Roti Puri masak sikit je, 16 bj je.

Pinggan ibu, roti puri gedabak (2 bj) + kari ayam bahagan kaki. Yummy!!!


nampak gebu tak? lembut dan garing...


Buah Tembikai sebagai dessert dinner


Alhamdulillah

Hujung Minggu di bulan mei

  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

16/5/2026


Hujung minggu buat apa? Minggu ni x der buat apa sangat. sepatutnya semalam ada jemputan tp sbb ada hal lain ibu kirim je ngan kawan off.


Pagi tu dlm kul 11 pergi umah scientex sbb  dah janji ngan agen umah En Yassin. dia nak amik gambar umah. tp atas faktor hujan lebat makanya en yassin lambat sikit sampai. dah setel amik gambar n bincang2, ibu ngan abg Puqan balik umah.


oleh kerana dah tengahhari lauk pun blm beli tanya abah , lunch mcm mana. abah kata mamam luar jelah pastu gi beli lauk. sudahnyer Lunch kat Kedai Nasi Kandar Hijrah Kulai. seperti biasa kedai baru, org ramai sangat n masa nak amik nasi campur beratoq tp x lama.



ibu amik, nasi putih + ayam goreng,

 abah amik nasi Putih + ayam madu + telur masin. 

Abg Puqan Nasi putih + Ayam bawang + papadom. Air teh o ais, teh ais ngan cendol

TOTAL = RM66.90. Alhamdulillah. Rasa? biasa sangat rasa makanannyer..he..he...


ibu bagi berapa bintang ek...

★★★

4/10

  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

15/5/2026

 Kelebihan Bulan Zulhijjah dan Amalan-amalannya.

Hari ni sebelum memulakan tugas hakiki, kita isi hati dan minda dengan sedikit ilmu dari Al-Fadil Ustaz Zunnurain bin Abdul Kohar. selepas mendengar tazkirah dari ustaz selama sejam, Unit Hal Ehwal Islam HPJB menyediakan sedikit sarapan utk yg hadir.

kali ni ibu bawa jemput2 ikan bilis jer... Minta maaf kalau ada terkurang. selain jemput2 ikan bilis ibu, ada maggie goreng, pau sambal, cara berlauk dan kuih kaswi pandan gedik dan air nesafe panas yang disedekahkan oleh kakitangan lain. 

Alhamdulillah utk ilmu dan rezeki hari ini.

Jemput2 bilis sabah


Maggi goreng

Kaswi pandan gedik



Kuih Cara Berlauk


Buah pisang


Air nescafe panas


PS: Kredit utk Google atas gambar2 kat atas













Buffet Ramadan Nasi Arab Zaituna,JB

                                  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


28 Feb 2026


Penutup Feb 2026. Buffet Berbuka di Zaituna. Ibu dah tempah awal. Alhamdulillah dapat rm45/pax sbb tempah early bird's. harga sebenar RM59. banyak gak kurang tu. Ibu is Excited sbb dah bbrp kali nak pergi mkn kat Zaituna memangjang fully booked. Alhamdulillah Ramadan kali ni ada rezeki.


Alamak, x der gambarlah. gambar kat Hp Abah...mmmm. amik dari google je lah.


ni promotion yg ibu amik ari tu. RM238 utk 5 pax termasuk cukai


Alhamdulillah makanan sedap, dessert pun best. puas makan baklava & Kunafa.he..he....



ibu bagi berapa bintang ek...

                 ★★★★★★★
                         7/10





Jualan Dessert di bln Ramadan 1447H

                                               اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


20 Mac 2026


                                                رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ ، رَبِّ تَمِّمْ بِالْخَيْرِ

Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.


Alhamdulillah, Ramadan tahun ni bujang2 ibu cuti sem, dptlah berpuasa ber-5 kat umah thn ni. sbb thn lepas ibu abah & c kecik je yg ada kat umah, Abg 2 kat asrama. Ramadan kali ni, yg Sulong setia ngan keje part time dia, utk yg no.2 ibu busykan ngan jualan dessert sempena Ramadan. 

Semoga Allah SWT lancarkan rezeki Jualan Dessert Ramadan ibu. Jualan dessert ni ibu buat kek batik ngan cheesekut jer. Cheesekut pun buat 3 perisa je - Coklat, Red velvet & Nestum. Hantar ke 3 tempat je iaitu tmpt hafiz, Ummi & Yong.

1st day antar tmpt Hafiz dulu sbb Ummi  & Yong cuti 1st Ramadan.