Roti Puri

   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

17/5/2026


Alhamdulillah, Dinner mlm ni ibu masak roti puri je. plan asal nak masak roti jala tp acuan x der sbb dah buang hari tu lupa nak beli semula.he..he... sudahnya terjadilah roti puri.

alhamdulillah gabungan resepi mak sabah + chef Timah from IKWAS maka terhasillah roti puri mengikut citarasa ibu, abah n anak2. Roti Puri ibu x guna YIS. hanya guna 5 bahan, tepung, gula, garam, minyak ngan air. alhamdulillah jadi.

masakkan juga kari ayam utk di regukan ngan roti puri ngan sambal tumis. Alhamdulillah kenyang.

alhamdulillah. Roti Puri masak sikit je, 16 bj je.

Pinggan ibu, roti puri gedabak (2 bj) + kari ayam bahagan kaki. Yummy!!!


nampak gebu tak? lembut dan garing...


Buah Tembikai sebagai dessert dinner


Alhamdulillah

Hujung Minggu di bulan mei

  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

16/5/2026


Hujung minggu buat apa? Minggu ni x der buat apa sangat. sepatutnya semalam ada jemputan tp sbb ada hal lain ibu kirim je ngan kawan off.


Pagi tu dlm kul 11 pergi umah scientex sbb  dah janji ngan agen umah En Yassin. dia nak amik gambar umah. tp atas faktor hujan lebat makanya en yassin lambat sikit sampai. dah setel amik gambar n bincang2, ibu ngan abg Puqan balik umah.


oleh kerana dah tengahhari lauk pun blm beli tanya abah , lunch mcm mana. abah kata mamam luar jelah pastu gi beli lauk. sudahnyer Lunch kat Kedai Nasi Kandar Hijrah Kulai. seperti biasa kedai baru, org ramai sangat n masa nak amik nasi campur beratoq tp x lama.



ibu amik, nasi putih + ayam goreng,

 abah amik nasi Putih + ayam madu + telur masin. 

Abg Puqan Nasi putih + Ayam bawang + papadom. Air teh o ais, teh ais ngan cendol

TOTAL = RM66.90. Alhamdulillah. Rasa? biasa sangat rasa makanannyer..he..he...


ibu bagi berapa bintang ek...

★★★

4/10

  اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ

15/5/2026

 Kelebihan Bulan Zulhijjah dan Amalan-amalannya.

Hari ni sebelum memulakan tugas hakiki, kita isi hati dan minda dengan sedikit ilmu dari Al-Fadil Ustaz Zunnurain bin Abdul Kohar. selepas mendengar tazkirah dari ustaz selama sejam, Unit Hal Ehwal Islam HPJB menyediakan sedikit sarapan utk yg hadir.

kali ni ibu bawa jemput2 ikan bilis jer... Minta maaf kalau ada terkurang. selain jemput2 ikan bilis ibu, ada maggie goreng, pau sambal, cara berlauk dan kuih kaswi pandan gedik dan air nesafe panas yang disedekahkan oleh kakitangan lain. 

Alhamdulillah utk ilmu dan rezeki hari ini.

Jemput2 bilis sabah


Maggi goreng

Kaswi pandan gedik



Kuih Cara Berlauk


Buah pisang


Air nescafe panas


PS: Kredit utk Google atas gambar2 kat atas