Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى , Eid Al-Adha) jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Tarikh 10 Zulhijjah ini merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Hari Raya Haji juga disambut untuk menandakan ziarah umat Islam yang dikenali sebagai haji dan mengimbas kembali perjalanan haji Nabi Muhammad SAW ke Mekah. Menurut rukun Islam yang kelima, semua umat Islam yang berkemampuan diwajibkan mengerjakan haji ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.
Selain daripada itu, Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah SWT. Menurut sejarah Islam, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Ilahi untuk mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s. Sebagai bukti keimanan dan ketaatannya yang mutlak, Nabi Ibrahim a.s. bersedia untuk melaksanakan pengorbanan. Namun, Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor domba jantan, lalu menyelamatkan nyawa Nabi Ismail a.s. Umat Islam memperingati peristiwa ini sebagai peringatan tentang pentingnya ketaqwaan, keimanan, dan ketaatan dalam Islam. Perayaan ini mempunyai kepentingan agama dan pengorbanan yang sangat besar dan disambut dengan penuh kegembiraan dan penghormatan oleh umat Islam di seluruh dunia.
Tahun ni Raya haji kita sambut pada 17 Jun 2024 (Isnin). Ibu amik cuti sehari jer ahad tu sbb nak masak2. Cara famili ibu kalau raya biasanya ptg raya dah makan makanan raya. Kalau raya puasa biasanya berbuka ngan lauk raya wpun x complete.
inilah menu raya famili ibu :
Nasi Impit, Lemang Moden, Ayam Merah, Rendang Dg, Kuah kacang ngan lodeh
Alhamdulillah thn ni abg Fayyad buat Puasa Araffah dan bagi menghargai usaha abg Fayyad ibu masak complete jamuan raya utk abg Fayyad berbuka. Alhamdulillah.... berselera abg Fayyad berbuka.
gambar raya x der... gambar mamam raya jer ada. Johor Raya haji x semeriah raya puas. lps balik solat raya, kita org makan n lepas tu rehat. Lepas zuhur baru gerak gi umah mak (10 mnt je). lepak umah mak sampai asar, gerak antar abg Ojan gi kerja kat Jusco Kulai. pastu lepak2 jap kat Jusco Kulai, terus balik umah.
oleh kerana dinner sambung mamam raya jer, ibu dah x masak. solat maghrib sambung ke Isyak terus. Lps isyak baru mamam.
Lemang Moden resepi mami sabah. Moden sbb ibu x bakar mcm lemang,
ibu bungkus dgn daun pisang pastu kukus jer. Fav ibu
kuah kacang resepi mak kulai. Fav ojan
Ayam masak merah. Fav semua
Kuah lodeh resepi mak kulai. fav ayyad
nasi Impit jer sbb kat umah ni x der sape pandai anyam ketupat
Rendang dg resepi ayah. Fav abg puqan
LAFAZ TALBIAH : Labbaikallah Humma Labbaik
“لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لَا شَرِيكَ لَكَ.”
“Labbaikallahumma labbaik, Labbaika laa syariika laka labbaik,
Innalhamda wan ni’mata laka wal mulk, Laa syariika lak"
Maksudnya dalam bahasa Malaysia:
“Aku sambut panggilan-Mu ya Allah, aku sambut panggilan-Mu. Aku sambut panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku sambut panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, nikmat, dan kerajaan adalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.”
No comments:
Post a Comment