Musim Durian

   اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ


10/7/2025


Ptg tadi anak2 bujang ajak gi pasar malam. Dah lama x pergi katanya. jom ler, ibu follow je.

Seperti biasa kalau gi pasar malam mesti rambang mata. masa kat pasar malam nampak ada org jual durian longgok. sebakul RM15, amik 3 bakul RM30. 1 bakul ada dlm 3 biji. Durian kg jer n durian yg dah terlebih masak. tapi oklah masih  blh makan.

kerana peminat durian ikut, maka belilah 3 bakul RM30 abg Ojan belanja. Abg ayyad dah belanja mamam yg lain. Alhmdulillah. Semoga Allah menggantikan setiap rezeki anak2 ibu n abah berlipat kali ganda kerana x berkira nak belanja famili mamam. 

Sampai umah jer terus cuba 2 biji durian. Alhamdulillah. sedap n manis wpun ada bbrp ulas yg tawar. tp yg lain alhamdulillah ok.


Alhamdulillah. Ada rezeki dapat makan durian.


malamnyer selepas dinner belah lagi 3 biji. Alhamdulillah. Rasa ok n blh makan. xlah dah berair n masam.

baki lagi 4 biji dah pesan2 hero2 utk makan ari ni sbb takut dah x leh makan


   ibu bagi berapa bintang ek...

          ★★★★★★★★
                    5/10



No comments:

Post a Comment